Search This Blog
Tuesday, March 6, 2018
BAHAYA SMARTPHONE
Hari ni aku nak share sedikit pasal bahaya bagi smartphone pada anak2 kecil... Ini adalah dari pengalaman aku sendiri lalui...
Aku ada anak saudara baru darjah satu dan bongsu 3 tahun... kalau bagi anak2 main smartphone mmg boleh melegakan keadaan.. tapi bila kita nak ambil semula phone tu anak2 ni jadi keras tak nak bagi semula.. dalam 4 ke 5 kali minta baru bagi dalam keadaan muka masam..
Ada satu hari tu aku nak keluar jalan2 dan phone aku letak kat atas meja sebab nak bersiap.. Bila aku nak ambil phone tengok2 hilang... Aku cari satu rumah rupanya ada kat tangan anak saudara aku.. Pandai dah nak ambil barang tanpa pengetahuan orang lain... aku minta dia tak bagi apalagi aku rampas lah dari tangan dia terus menangis..
Abang aku sampai hari ni mmg suka bagi anak2 dia main smartphone bila anak2 memberontak tak dengar cakap... Perangai anak2 saudara aku ni makin lama makin keras akibat kecuaian mak ayah... Bila ditegur dia marah kita balik dan bila kita marah dia ayah dia pulak menyampuk pertahankan anak dia... Pernah sekali anak saudara aku tendang aku dan cakap " oii jomlah" dengan muka batunya... aku rasa nak tampar je muka dia tapi ingat sbb ada kat rumah kawan mak... Bayangkanlah nak tunggu dia orang dewasa agaknya macam manalah rintangan hidup... Jauhilah gadget daripada anak2 kecil untuk masa depan lebih baik..
Kesimpulannya, ibu bapa kena main peranan penting dan kena bijak cara pemikiran macam mana nak tangani anak2 dengan baik tanpa gadget.. Dunia sekarang ni semuanya teknologi di hujung jari.. Jangan disebabkan teknologi anak kita dikawal oleh dunia maya...
AWAN
pemandangan awan macam ni adalah yang paling menengangkan minda dan dapat membuka hati dengan lapang.. Ini adalah yang dikatakan terapi minda dan hati.. mengambil gambar awan dan pemandangan adalah salah satu dari hobi aku
Kalau boleh nak je terbang ke awan tinggi langit biru untuk melihat keagungan ciptaan yang Maha Kuasa... Hanya dengan melihat pemandangan ni aku dapat menatap sampai ke matahari terbenam..
Macam mana agaknya kalau orang macam aku ni naik kapal terbang.. dapat menikmati pemandangan di atas awan dengan hati yang sayu dan rindu rasanya... Selalu saja ambil gambar awan dan matahari terbenam kerana minat dan cinta..
POPIAH RANGUP
Ini adalah bahan2 untuk buat POPIAH... resepi takde sukat, kita agak2 je..
- Beli kulit popiah frozen..
- Taugeh, lobak merah, timun, daun bawang dan yang paling penting sekali isi ayam..
- Lobak merah dan timun dicarik halus2..
- Taugeh direbus sehingga lembut.. lepas tu angkat dan toskan bagi kering..
- Isi ayam direbus sehingga masak.. lepas dah masak carikkan isi ayam sehingga halus..
- Daun bawang tu dipotong halus2
- Telur sebiji untuk lekatkan kulit popiah lepas siap digulung
Lepas dah siap semua bahan2 yg kat atas ni, relaikan kulit popiah satu per satu untuk digulung bersama bahan2 tadi. Ambil timun dan lobak merah sikit, taugeh sikit dan letak atas kulit popiah.. pastikan daun bawang letak tak terlalu banyak untuk digulung nanti... akhir sekali letakkan isi ayam cukup2 untuk digulung.. dan jangan lupa pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul telur tu.. ambil sedikit telur dengan jari dan sapukan pada hujung kulit popiah untuk kedapkan dari terbuka bila goreng nanti..
Akhir sekali panaskan minyak dalam kuali siap untuk digoreng.. pastikan digoreng dengan api yang besar dan untuk masak popiah ni hanya mengambil masa sebanyak 10 hingga 15 saat sahaja... cukup rangup dan tak berminyak..
MELUKIS
Ini adalah salah satu hobi aku iaitu melukis... lepas siap lukis ambil gambar dan edit... hasilnya nilah dia... bagi aku melukis ni boleh hilangkan stress dan kembangkan lagi bakat seseorang itu terutama budak2 yg sedang membesar...
Untuk orang dewasa pon sama juga dengan melukis boleh mengembangkan lagi pemikiran secara abstrak dan kontra... Inilah hobi aku apabila ada masa lapang... yang kat atas tu lukisan dah siap dan yg bawah tu selepas disunting dalam smartphone... dunia gadget semua dihujung jari...
Subscribe to:
Comments (Atom)







