Ini adalah bahan2 untuk buat POPIAH... resepi takde sukat, kita agak2 je..
- Beli kulit popiah frozen..
- Taugeh, lobak merah, timun, daun bawang dan yang paling penting sekali isi ayam..
- Lobak merah dan timun dicarik halus2..
- Taugeh direbus sehingga lembut.. lepas tu angkat dan toskan bagi kering..
- Isi ayam direbus sehingga masak.. lepas dah masak carikkan isi ayam sehingga halus..
- Daun bawang tu dipotong halus2
- Telur sebiji untuk lekatkan kulit popiah lepas siap digulung
Lepas dah siap semua bahan2 yg kat atas ni, relaikan kulit popiah satu per satu untuk digulung bersama bahan2 tadi. Ambil timun dan lobak merah sikit, taugeh sikit dan letak atas kulit popiah.. pastikan daun bawang letak tak terlalu banyak untuk digulung nanti... akhir sekali letakkan isi ayam cukup2 untuk digulung.. dan jangan lupa pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul telur tu.. ambil sedikit telur dengan jari dan sapukan pada hujung kulit popiah untuk kedapkan dari terbuka bila goreng nanti..
Akhir sekali panaskan minyak dalam kuali siap untuk digoreng.. pastikan digoreng dengan api yang besar dan untuk masak popiah ni hanya mengambil masa sebanyak 10 hingga 15 saat sahaja... cukup rangup dan tak berminyak..


No comments:
Post a Comment